HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 April 2008

Umno tubuh 'kerajaan' dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat
Azamin Amin


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Sikap BN khususnya Umno yang mencampuri urusan hal ehwal kerajaan negeri Pakatan Rakyat adalah dianggap sebagai tindakan yang membelakangi dan tidak menghormati 'mandat rakyat' yang telah mengundi parti itu dalam pilihanraya umum lalu.

Usaha itu juga dilihat sebagai langakah dan perancangan sistematik Umno dan BN dalam gerak kerja untuk meluas pengaruh parti itu yang semakin rapuh di sambing perancdangan Umno dan BN untuk 'menawan' kembali lima negeri yang telah berjaya di menangi oleh Pakatan Rakyat.

Terkini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Johari Baharom telah mengumumkan, Terengganu akan menjadi model di dalam perlaksanaan projek-projek kerajaan pusat di negeri-negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat.

Terdahulu Umno dan BN Kedah dilaporkan telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Persekutuan selain dari camputangan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang baru dalam perlantikan JKKK di negeri Selangor dan Perak.

Mengulas isu terbabit AJK PAS Pusat, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata Umno dan BN tidak pernah menghormati prinsip-prinsip federalisme dalam hubungan kerajaan negeri dengan persekutuan.

Beliau yang juga ADUN Batu Burok berkata pengalaman PAS yang menjadi kerajaan negeri Terengganu pada 1999 sehingga 2004 membuktikan Umno dan BN bertindak mencabuli hak-hak kerajaan negeri.

"Umno/BN menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi menyalurkan peruntukan persekutuan kepada Perhubungan UMNO negeri,

"Projek-projek persekutuan diperakui oleh Pengerusi Perhubungan Umno dan bukannya kerajaan yang memerintah," katanya kepada Buletin Online.

Beliau berkata JPP memastikan semua peruntukan persekutuan tidak disalurkan melalui jabatan dan agensi kerajaan negeri tetapi dimasukkan kedalam akaun badan berkanun dan agensi pusat.

Sebelum ini AJK PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik juga telah mengulas pelantikan JKKK Persekutuan yang dibuat oleh Umno dan BN di negeri Kedah.

Justeru, pimpinan dinegeri-negeri yang ditadbir PR diingatkan supaya berwaspada dengan tipu helah UMNO/BN dan kerajaan pusat.

Tiada ulasan: