HALAMAN SANTAI

Selasa, 7 Oktober 2008

Ketua UMNO cawangan pula mahu tanding naib presiden

UTUSAN ONLINE


KUANTAN – Ketua UMNO Cawangan Kampung Ubai, Pekan, Mohammad Hanapi Salleh mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Mac tahun depan, sekiranya mendapat pencalonan.

Mohammad Hanapi, 53, yang memegang jawatan Ketua UMNO cawangan itu sejak 32 tahun lepas berkata, pertandingan dalam parti mencerminkan demokrasi masih hidup di dalam UMNO dan ia merupakan satu perkembangan positif.

‘‘Setiap ahli berhak bertanding bagi mana-mana jawatan jika mempunyai kelayakan dan sokongan mencukupi,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tiada ulasan: