HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 November 2008

Tiada tindakan terhadap Nazri

MALAYSIA KINI


Dewan Rakyat hari ini memutuskan untuk tidak merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa membuat kenyataan yang tidak benar dalam Dewan Rakyat.

Keputusan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu bagaimanapun dibantah keras oleh ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh, yang kemudiannya digantung selama dua hari kerana mencabar keputusan tersebut.

Dr Wan Junaidi menjelaskan bahawa beliau membuat keputusan itu berdasarkan kepada tiga faktor; pertama, sama ada kenyataan menteri itu mengelirukan; kedua, sama ada menteri sedar bahawa kenyataan itu mengelirukan, dan akhirnya sama ada jika menteri berkenaan berniat untuk mengelirukan dewan.

Mengikut Dr Wan Junaidi, walaupun kenyataan Nazri itu mengelirukan, tetapi beliau kemudian menyedarinya, dan oleh itu tidak dianggap berniat untuk mengelirukan dewan.

Oleh itu, timbalan speaker berkata kes Nazri tidak memenuhi ketiga-tiga syarat tersebut, dan beliau tidak perlu dirujukkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Pada 10 November pula, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan.

Beliau merujuk kepada kenyataan Nazri di Parlimen pada 6 November lalu bahawa bekas Ketua Hakim Negara, Salleh Abas dan bekas hakim-hakim kanan yang lain yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988, tidak dipecat tetapi perkhidmatan mereka ditamatkan lebih awal atas perakuan sebuah panel.

Tiada ulasan: