HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 November 2008

'Saya setuju diganti'- Khalid Samad

Harakahdaily


KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menjelaskan bahawa beliau bersetuju diganti jawatan sedia ada bagi memberi peluang Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dato' Dr. Hassan Ali membuktikan keberkesanan kepimpinan beliau dalam menjayakan kerajaan negeri Pakan Rakyat.

Katanya, Hassan Ali berhak untuk mempunyai kumpulan yang memberi sokongan penuh kepadanya agar beliau dapat melakukan apa yang difikirkan terbaik untuk memenuhi objektif yang telah dipersetujui parti di dalam muktamar lepas iaitu memastikan agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya.

"Perkara ini telah dibincangkan didalam mesyuarat Dewan Harian yang dihadiri seramai 11 orang, yang mana saya turut hadir. Bila mana Pesuruhjaya Negeri mencadangkan agar saya diganti, saya setuju," katanya dalam laman web beliau yang menjelaskan kedudukan sebenar isu terbabit.

Namun katanya beliau masih kekal sebagi Yang DiPertua PAS Shah Alam dan tetap akan bertemu Pesuruhjaya didalam mesyuarat badan perhubungan negeri yang diadakan setiap bulan.

Oleh itu katanya, perkara ini bukanlah soal mengongkong perbezaan pendapat tetapi untuk memberi peluang kepada kepimpinan yang ada bagi melakukan yang terbaik untuk Negeri Selangor.

"Ia adalah soal memberikan Dato'Dr. Hassan Ali peluang sepenuhnya untuk membuktikan keberkesanan kepimpinan beliau dalam menjayakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya yang akan sentiasa memantau polisi yang diketengahkan supaya tidak mengundang masalah kepada Pakatan Rakyat. _

Tiada ulasan: