HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 November 2008

54,201 pengedar dadah ditahan tahun ini

BERNAMA


KUALA TERENGGANU — Sejumlah 54,201 pengedar dadah berjaya diberkas di seluruh negara membabitkan nilai rampasan dadah RM248 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sejajar dengan penahanan tersebut, harta benda termasuk rumah, kereta dan sebagainya bernilai sebanyak RM32 juta telah dirampas daripada pengedar terbabit.

“Pada tahun lepas, seramai 44,659 pengedar dadah ditahan dengan nilai rampasan dadah berjumlah RM67 juta. Manakala jumlah harta benda pengedar yang dirampas pula ialah sebanyak RM37 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik SeMalaysia di sini hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin.

Ismail berkata, bagi tempoh tersebut, polis juga berjaya merampas sejumlah 41 jenis senjata api termasuk submesingan, pistol dan bom tangan daripada pengedar tersebut.

Tiada ulasan: