Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR - Menjelang perhimpunan raksasa membantah akta ISA yang dijadualkan berlangsung Mac tahun depan, satu forum rakyat (No To ISA) akan diadakan pada 1 Disember ini.
Lebih lima orang ahli panel dijemput untuk mengemukakan pandangan dan hujah tentang akta zalim itu yang akan berlangsung di Dewan Bar Council Jalan Lebuh Pasar, Kuala Lumpur jam 8.00 malam.
Forum yang dianjurkan Cakap Rakyat Group bertajuk Arus Pergolakan Politik di Malaysia di antara Harapan dan Cabaran Satu Penilaian Semula akan menampilkan Naib Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.
Selain itu, turut bersama antaranya, Aktivis Reformasi Hishamuddin Rais, Pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin, Jurucakap Mahasiswa Mansuhkan ISA-Auku Faridzul Nasaruddin dan T.S Thenintaran. - mns _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan