HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 November 2008

Umno ambil beberapa langkah lagi banteras politik wang - Najib

BERNAMA


Lima (Peru): UMNO akan mengambil beberapa langkah lagi untuk membanteras politik wang dan ia mesti diperjuangkan secara menyeluruh, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, secara realistiknya gejala itu tidak boleh dibanteras dalam masa terdekat, dan perlu ditunjangi oleh kekuatan politik serta komitmen yang kuat, katanya apabila diminta mengulas kenyataan bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan gejala politik wang masih menghantui Umno walaupun apabila Najib mengambil alih kepimpinan parti.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita Malaysia selepas menghadiri hari terakhir Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di sini Ahad.

Najib, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha membanteras politik wang perlu "ditunjangi oleh kekuatan politik serta komitmen yang kuat dengan apa cara yang boleh kita dilakukan."

Usaha untuk membanteras gejala itu merupakan satu proses yang melibatkan satu tempoh masa yang tertentu, katanya.

"Sebab masa Tun Dr Mahathir pun, ia juga memperjuangkan usaha untuk menghapuskan politik wang dan bila ia tamat sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO, beliau telah menyatakan kekecewaannya kerana gagal untuk membanteras gejala itu."

Tiada ulasan: