Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR - PAS melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya kerajaan negeri yang hanya mengggangap isu royalti minyak ini sudah selesai dengan pembayaran yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyatakan, apa yang PAS tentang ialah persoalan pemberian wang yang tidak mengikut prosedur.
"Apa yang kita bangkitkan mengenai isu royalti ini adalah cukup jelas.Sebagai negeri yang ada pulangan yang kedua tinggi di Malaysia dalam konteks royalti minyak ini.
"Namun apakah rakyat pastinya keadaan negeri ini dari segi pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat?," katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.
Hakikatnya di Terengganu ini khususnya di Kuala Terengganu tidak menerima manfaat daripada royalti minyak yang kononnya telah dibatay kepada kerajaan yang ada hari ini, kata Nasharudin.
Walaupun Kuala Terengganu telah diisytiharkan sebagai bandaraya, tetapi jika lihat prasarananya, keadaan hidup orang kampung dan sekeliling tidak melambangkan langsung seperti mana keadaan gambaran sebuah bandaraya, ujar Nasharudin.
Sebab itu PAS mahu Petronas kembalikan royalti itu kepada rakyat secara tepatnya untuk kepentingan rakyat itu sendiri, katanya.
"Walaupun royalti telah dibayar sekalipun kini pembangunan infrastruktur yang dibuat adalah secara umum yang sebenarnya tidak dapat dinikmati oleh rakyat yang sebenarnya," katanya.
"Apa yang pasti RM7 bilion yang diumumkan dan diumum di sini RM4 bilion yang telah diperolehi ini sendiri pun ada jurang yang besar dan ini pun timbulkan persoalan," ujarnya./wann._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan