HALAMAN SANTAI

Selasa, 7 April 2009

50 peratus keluar mengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau

Oleh G.MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB


TAIPING: Lebih 50 peratus telah keluar mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau sehingga tengah hari ini.

Sementara itu, di Batang Ai lebih 70 peratus telah mengundi.

BERITA TERDAHULU

Kira-kira 40 peratus telah keluar mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau sehingga tengah hari ini.

BERITA TERDAHULU

Walaupun kempen pilihan raya kecil berakhir tengah malam tadi, sebenarnya parti-parti yang bertanding telah berkempen sejak lebih dua bulan. Cuma calon-calon Bebas tidak mengambil selama tempoh diambil oleh parti-parti tradisional seperti Barisan Nasional (BN).

Rata-rata kesemua pihak yang berhasrat untuk bertanding di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai telah memulakan kempen masing-masing secara tidak langsung sejak awal Februari lalu.

Pilihan raya kecil kali sebenarnya telah mencatatkan sejarah sendiri dan bakal mencatatkan sejarah sendiri menjelang tengah malam ini. Antara lain disebabkan:

Pertama: Tiga pilihan raya kecil diadakan serentak, kali pertama dalam tempoh dua dekad lamanya.

Kedua: Kekosongan di dua bahagian pilihan raya iaitu Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau berlaku pada hari yang sama dan disusuli dengan Batang Ai.

Ketiga: Paling ramai calon yang bertanding dalam mana-mana pilihan raya sama ada umum ataupun kecil. Seramai 15 calon termasuk 12 calon Bebas turun gelanggang di Bukit Selambau.

Keempat: Kesemuanya 20 calon bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini.

Kelima: Bekas Menteri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di Bukit Gantang dan PAS melihat ia sebagai satu referendum rakyat terhadap kerajaan BN berhubung krisis politik.

Keenam: Pilihan raya kecil pertama selepas Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Ketujuh: Pilihan raya kecil pertama selepas Datuk Dr Zambry Abdul Kadir menerajui kerajaan negeri Perak pimpinan BN.

Kelapan: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad turut turun gelanggang membantu calon BN - kali pertama sejak pilihan raya umum ke-11 tahun 2004.

Kesembilan: Kali pertama sejak 1982 BN menurunkan calon tempatan bertanding di Bukit Gantang.

Kesepuluh: Pilihan raya kecil di bahagian Parlimen Bukit Gantang yang salah seorang ADUNnya keluar Pakatan Rakyat.

Mengambil kira aspek-aspek berkenaan pilihan raya kecil ini dilihat sangat bagi kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN yang bertanding.

Pakatan Rakyat telah memenangi dua pilihan raya kecil sebelum ini.

BN tidak mahu membiarkan Pakatan Rakyat dan membuat hatrick. BN pula menyasarkan kemenangan di kesemua tiga pilihan raya kecil ini.

Difahamkan BN berpeluang cerah menang di Batang Ai tetapi hadapi saingan sengit di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Tiada ulasan: