HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 April 2009

Penanti: Bukan sebab duit, tapi takut kalah.

SUARA KEADILAN


KETAKUTAN Barisan Nasional untuk bertanding di kerusi Penanti adalah didorong dari kekalahan parti itu dalam empatpilihan raya kecil yang telah diadakan sebelum ini.

Menurut Pengarah Strategi KeADILan Saifuddin Nasution yang dipetik di media, BN tidak mampu untuk berhadapan dengan Pakatan setelah tewas di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta DunBukit Selambau.

“Tindakan itu didorong oleh keadaan politik semasa yang mana mereka diselubungi kebimbangan kerana tumpas dalam empat pilihan raya kecil sebelum ini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, BN tumpas secara berturut-turut seperti itu,” katanya yang dipetik media.

Kerusi DUN Penanti yang berada dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh kini kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah.

Pengerusi BN Najib Razak dalam satu kenyataan berkata BN berkemungkinan tidak meletakan calon parti itu untuk bertanding di kerusi Dun Penanti.

Keputusan berkenaan turut disokong oleh Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon juga menyokong cadangan Najib untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya berkenaan.

Namun keputusan berkenaan dipersetujui oleh Presiden MIC, S Samy Vellu yang mahukan BN bertanding dalam pilihanraya kecil di Penanti demi memelihara “integriti, prestij dan imej” BN.

“Jika kita tidak mahu bertanding, ia bermakna kita takut kepada pembangkang… kita tidak patut takut berdepan dengan mereka,” kata Samy Vellu dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, tegas beliau, BN perlu meletakkan calon bertanding di situ memandangkan gabungan itu kini di bawah kepimpinan Najib “yang kuat dan berkemampuan”.

Jelas Saifuddin lagi, jika BN bertanding di Penanti, parti itu akan bertanding sebagai calon ‘underdog’ dan hal itu akan memberi keadaan yang tidak selesa kepada BN.

“Soal pembaziran wang rakyat dan PKR main-main seperti yang dikatakan Najib itu tidak timbul sebenarnya. Alasan sebenarnya adalah BN tidak mahu masuk sebagai calon underdog,” katanya menerusi laporan media.

Tiada ulasan: