HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 April 2009

Hafez: Selaku Negarawan, Tun dinasihat tidak sentuh isu ‘derhaka’

mahasiswakini.com


Bukit Gantang - Presiden BERSATU menasihatkan Tun Dr. Mahathir Mohammad agar tidak berkempen isu ‘derhaka’ di Pasar Tani Taman Kota Jaya 10 pagi ini; sekiranya mahu terus dilihat sebagai Negarawan.

Jika tidak, rakyat akan digembling untuk berfikir tentang rekod-rekod penderhakaan Mahathir sendiri serta pemimpin-pemimpin UMNO yang lain dengan penyebaran risalah-risalah tertentu; kerana mahasiswa muak dengan strategi kempen ‘politik lama’ UMNO tersebut.

" Saya dimaklumkan lebih 100 mahasiswa pelbagai pertubuhan akan menyertai perhimpunan tersebut di sini. Mereka nak lihat Tun berpidato sebagai negarawan, bukan bercakap isu lama, ‘derhaka’. Kata mereka, ‘politik lama’ pemerintah sudah dilihat muak,” tegas Hafez Sabri.

Jika tidak, mereka sendiri akan mengedarkan bukti-bukti penderhakaan Tun dan pemimpin UMNO yang lain ke atas Raja-Raja Melayu sejak tahun 1993 dahulu,” tegasnya lagi.

Selaku Negarawan, Mahathir turut dinasihatkan agar bersama-sama rakyat mendesak Perdana Menteri Keenam YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia agar segera menyaman beberapa akhbar antarabangsa yang mendedahkan laporan pembunuhan Altantuya Sharibuu dengan C4 sebelum ini.

Tambahnya lagi, tindakan saman tersebut demi memulihara nama baik Najib dan kepentingan luar Malaysia.

Terdahulu, lebih 200 mahasiswa dilaporkan mengedarkan risalah ‘UMNO sebenarnya penderhaka Raja-Raja Melayu’ dari rumah ke rumah di sini; demi memastikan rakyat mengamalkan ‘politik berfikir’.

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu) merupakan antara badan bukan kerajaan (NGO) yang konsistan dan lantang mempersoal tindakan kudeta kerajaan negeri Perak oleh UMNO sejak Februari lepas.

Kenyataan tersebut disampaikan melalui telefon ke konti mahasiswakini.com sekitar jam 7.45 pagi tadi.

Tiada ulasan: