Oleh G.MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB
TAIPING: Proses pengundian ketiga-tiga pilihan raya kecil hari ini - sedang berjalan lancar pada keseluruhannya dengan peratusan keluar mengundi mencecah hampir 60 peratus.
Bahagian DUN Batang Ai mencapai 64 peratus -paling tinggi berbanding dua kawasan yang lain.
Di Bukit Gantang peratusan yang direkodkan adalah 58 peratus manakala Bukit Selambau pula 51 peratus.
Angka itu diperoleh sehingga 2.30 petang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof sebentar tadi.
Walaupun proses pengundian berjalan lancar, ada sedikit masalah kekecohan dan ketegangan membabitkan penyokong di bahagian Bukit Gantang, kata beliau lagi.
Proses pengundian bermula 8 pagi dan akan berakhir 5 petang ini.
Di Batang Ai, beberapa pusat mengundi telah ditutup dua jam selepas dibuka untuk pengundian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan