HALAMAN SANTAI

Sabtu, 11 April 2009

Kabinet Najib - Perantau Kesal Terengganu Di Pinggirkan

SM Noor


Kuala Terengganu – Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) kesal pemilihan barisan Kabinet baru oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah meminggirkan kepimpinan negeri Terengganu.

Setiausaha Perantau, Mohd Suhaimi Embong berkata sepatutnya Najib melantik sekurang-kurangnya dua orang Timbalan Menteri dari Terengganu sebagaimana yang telah di buat oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata Terengganu wajar mendapat kuota dua Timbalan Menteri memandangkan negeri itu adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.

“Hasil petroleum negeri Teregganu merupakan sumbangan besar kepada pendapatan negara,

“sehingga kini, Terengganu masih menjadi antara negeri termiskin di negara ini, oleh itu wajar dilantik dua lagi Timbalan Menteri,”katanya ketika menghubungi Buletinonline semalam.

Oleh itu, katanya, negeri Terengganu memerlukan perhatian dan keutamaan dari kerajaan Pusat bagi memastikan ia tidak menjadi satu negeri yang terus ‘ketinggalan’.

Menurutnya, tindakan Najib yang mengekalkan Dato’ Ahmad Shabery Cheek, sebagai wakil tunggal dari negeri Terengganu dalam barisan kabinetnya adalah satu tragedi yang amat malang kepada rakyat Terengganu.

Beliau mempersoalkan apakah kelebihan beberapa Timbalan Menteri yang dilantik oleh Najib berbanding dengan kepimpinan yang ada di Terengganu.

“Apa lebihnya Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, sehingga Najib mengekalkannya dalam kabinet baru?,

“beliau bukan ahli parlimen dan tidaklah mempunyai ‘track-record’ yang cemerlang,”tegasnya.

Katanya kepimpinan UMNO Terengganu sepatutnya lebih berani menyuarakan hak rakyat Terengganu sebagaimana kepimpinan UMNO Sabah memperjuangkan hak rakyatnya.

“Nampaknya orang Sabah, yang dianggap lebih mundur, sebenarnya lebih maju dalam berpolitik berbanding kepimpinan UMNO Terengganu,”tambahnya.

Tiada ulasan: