HALAMAN SANTAI

Selasa, 7 April 2009

Laporan Petang PRK059 Bukit Gantang

Ditulis oleh Te@M.IT


3.23 pm : Dilaporkan terdapat satu pergaduhan yang berlaku diantara penyokong PAS dan BN. Punca tidak dapat dikenal pasti tetapi dilaporkan berlaku seperti di Ijok. Mereka baling botol-botol minuman sesama sendiri.

3.05 pm : 2 orang pengundi hantu telah berjaya ditangkap oleh petugas PAS di Kg Cheh, DUN Changkat Jering. Orang terbabit telah diserahkan kepada pihak polis tetapi orang itu telah dibebaskan. Orang yang disyaki pengundi hantu itu tidak sempat untuk membuang undi.Sebanyak 65% telah keluar mengundi.

3.oo pm : Di pusat pembuangan undi di SK Laksamaan Kuala Sepetang tadi dilaporkan terdapat 6 orang pengundi yang disyaki sebagai pengundi hantu.

Mereka menggunakan no kad pengenalan orang yang telah meninggal dunia dan mereka membuang undi di saluran 1.

Sebanyak 65% pengundi di kawasan ini telah keluar mengundi. Tetapi hujan sudah mula turun, merisaukan peratus orang yang keluar mengundi akan merosot.

2.00 pm : Pemimpin UMNO-BN disambut dengan sorakan RASUAH oleh penyokong PAS. Antara pemimpin tersebut adalah Mohyiddin Yasin apabila beliau ke pusat pengundian SK Simpang pagi tadi.

1.55 pm : Bekas wakil rakyat PKR- Changkat Jering, Mohd Osman Jailu mendakwa beliau mendapat ejekan daripada penyokong PAS dengan gelaran "pengkhianat" dan "lompat" apabila beliau tiba untuk membuang undi di SK Changkat Jering jam 10 pagi tadi.

1.50 pm : Ulasan atau komen oleh YB Ust Nasaruddin Mat Isa mengenai kekecohan yang berlaku di Pengkalan Aor dimana polis telah melepaskan gas pemedih mata . [klik muat turun] atau [Youtube]

1.45 pm : Calon PAS, Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin melawat ke pusat undi di Sek Keb Padang Gajah Trong. BN cetuskan kekecohan apabila beliau melawat upu Ayer Terjun berkenaan dengan melaungkan Nizar derhaka.

1.17 pm : Kawasan Matang Gelugor dilaporkan tiada kekecohan berlaku. Hujan sebentar tadi sudah kelihatan reda. Diharapkan orang ramai akan keluar mengundi di sebelah petang ini kerana masa untuk membuang undi tinggal lebih kurang 4 jam lagi.

Ayuh petugas, kerahkan tenaga anda!!!

Tiada ulasan: