Mohd Sabri Said
Sah! Ucapan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ibarat 'masuk bakul angkat sendiri'.
Ucapannya di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani semalam berkisar kepada memuji dirinya sendiri di samping mengajak pengundi menirunya kembali ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional (BN) setelah bertindak keluar dari parti itu setahun lalu.
Memang tidak dinafikan orang memang ramai tua muda, kecil besar tetapi harus diingat 80 peratus hadirin adalah orang luar Bukit Selambau bukan boleh undi... Kedatangan individu yang pernah memegang tampuk pemerintah selama 24 tahun juga tidak dapat menandingi penolakan rakyat di Bukit Selambau pada pilihan raya umum lalu di mana walaupun calon bebas waktu itu, Arumugam bertanding melawan calon BN namun beliau berjaya mengatasi pengaruh calon lama yang dikatakan berjasa pada orang tempatan.
Walaupun pernah menabur bakti pada masyarakat sebelum itu namun bila semangat benci BN keterlaluan lain pula yang terjadi habis semua dimarahi dan dicemuh sehingga membuatkan Umno cuba mendapatkan Dun Bukit Selambau semula ekoran kegagalan MIC mempertahankan calon pilihan mereka.
Sebenarnya saya tidak sempat mendengar ucapan Tun Mahathir kerana terlibat dengan kesesakan jalan raya sekembali dari program sumbangan Kerajaan Negeri Kedah menerusi Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan, Ustazah Aishah Ghazali di Bukit Rusa yang ditimpa musibah ribut semalam.
Tetapi, semua cakap-cakap Tun Mahathir dapat dihidu melalui 'orang saya' yang dikhaskan menyelinap masuk ke dalam setiap program tajaan Umno dan BN sejak pilihanraya umum lalu.
Dia banyak membantu, jadi jika saya tiada di tempat itu pun saya dapat membaca dan memahami apa yang dikupas oleh Tun Dr. Mahathir .
Bercakap tentang ucapan Tun...memang ramai telah menduga ia tidak berubah malahan di takuk lama iaitu mendendangkan kemajuan yang diciptanya seperti meningkatkan ekonomi, mengwujudkan kereta nasional (Proton), membina Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, Formula 1 dan sebagainya.
Tanpa beliau sedari apa yang dilaksanakan bukannya mendapat 'Restu Rakyat' sebagaimana yang menjadi slogan dalam pilihan raya kecil kali ini. '
Ramai orang masih tidak lupa kejadian pembunuhan As-Shahid Ustaz Ibrahim Libya, tangkapan operasi lalang melibatkan kepimpinan pembangkang, mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menaikan harga barangan keperluan seharian atau harga minyak dan sebagainya. Sepertimana kata, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam ketika berucap merasmikan 'Skuad Menangkap Undi Hantu' di Bilik Gerakan Taman Bandar Baru kemunculan Tun Mahathir tidak lebih daripada 'surat khabar lama' yang dikisar semula.
Tentunya tidak asli setelah bertindak menghentam parti yang dipimpinya di era Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Siapa tiadak mengenali sikap Tun Mahathir waktu itu habis dibidasnya termasuk menerusi blognya 'CekDet' yang seolah sebelum ini bukan beliau Perdana Menterinya. Bukan itu sahaja malahan Pengarah Pilihanraya Kecil Bukit Selambau, Dato' Johari Abdul juga pernah mengeluarkan pandangan bahawa perubahan kepimpinan negara tidak sedikit pun mempengaruhi pengundi di sini malahan akan meningkatkan lagi sokongan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat yang jelas berjaya mengorak beberapa langkah memajukan negeri ini setelah setahun memerintah berbanding Umno dan BN yang gagal melaksanakan beberapa keperluan asas untuk rakyat setelah 50 tahun berkuasa. - mks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan