Oleh G. MANIMARAN
TAIPING: Calon Pas, Datuk Seri Ir Moha Nizar Jamaluddin memperolhi 21, 860 undi dengan majoriti 2,789 undi.
Calon Barisan Nasional, Ismail Saffian memperoleh 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada pukul 9:20 malam.
Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong Pas yang berhimpun di luar dewan meraikan kemenangan calon parti itu dengan percikan bunga api.
BERITA TERDAHULU
Keputusan tidak rasmi Nizar menang kerusi Bukit Gantang
Keputusan tidak rasmi, calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dipercayai telah memenangi pilihan raya kecil kawasan Bukit Gantang dengan majoriti 3,022 undi.
Mohd Nizar memperolehi 18,891 undi.
Sementara calon Barisan Nasional (BN) mendapat 15,859 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 51 undi.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata beliau yakin pihaknya akan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini.
Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.
Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.
Calon Pas menang dengan majoriti 1556 undi.
Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 55,426 daripadanya pemilih biasa dan 136 pemilih pos.
Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan