HALAMAN SANTAI

Sabtu, 11 April 2009

Razaleigh: Saya tidak akan keluar Umno

Oleh G. MANIMARAN


KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tiada sebarang hasrat untuk keluar Umno buat masa sekarang.

"Saya tidak akan keluar Umno buat sekarang," kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang beberapa kali pada sidang media sebentar tadi menekankan yang beliau adalah penyokong kuat Umno.

Ketika ditanya mengapa dikatakan "tidak buat masa sekarang", bekas Naib Presiden Umno itu menjelaskan, esok tidak tahu apa boleh berlaku.

Desas-desus muncul semula sejak minggu lalu bahawa Razaleigh yang pernah menubuhkan Parti Semangat 46 selepas keluar Umno dua dekad lalu akan menyerai PKR.

Desas-desus sedemikian pernah muncul tahun lalu tetapi telah dinafikan oleh bekas Menteri Kewangan itu.

Tiada ulasan: