HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Mei 2010

PM perlu tampil selesaikan krisis MIC

FREE MALAYSIA TODAY


najib razak seated_250_250 KLANG: Tiga anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) KP Samy, G Kumar Amaan dan Timbalan Ketua Pemuda MIC V Mugilan yang dipecat ekoran mendesak perletakan jawatan ke atas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu hari ini menangguhkan rancangan untuk bersara.

"Perdana Menteri (Najib Razak) melakukan yang terbaik untuk masyarakat…tetapi bukan Presiden MIC S Samy Vellu yang suka mendakwa bahawa beliau membantu masyarakat India," kata KP Samy yang turut ditemani Kumar dan Mugilan dalam sidang media di Klang hari ini.

KP Samy berulang kali menegaskan penyelesaian terbaik untuk Barisan Nasional (BN) mengekalkan sokongan masyarakat India adalah dengan memecat Samy Vellu, yang dilabelkan sebagai ‘halangan’ kepada permasalahan yang timbul kelak.

"Bagaimana caranya BN boleh dapatkan kembali sokongan? Kesungguhan Najib mendapat halangan daripada Samy Vellu kerana segala pemberian kerajaan telah diberi kepada kroni-kroni Samy atau untuk pelaburan peribadi beliau.

"Perdana Menteri harus memutuskannya sekarang, jika beliau mahu aset seperti kami atau liabiliti seperti Sammy Vellu," kata KP Samy.

KP Samy turut mengecam Samy Vellu kerana mengamalkan nepotisma ekoran melantik anak lelaki tunggalnya Vell Paari dalam CWC.

"Pihak media melaporkan bahawa Vell Paari dilantik sebulat suara. Beliau sepatutnya dipecat daripada parti kerana apa yang dilakukannya tidak benar.

"Presiden mempunyai kuasa untuk melantik sesiapa sahaja beliau mahu….. isteri, menantu atau anak lelakinya. Tetapi jangan salah menghantar mesej…kerana saya tahu tiada persetujuan sebulat suara dalam CWC semenjak saya dilantik dalam jawatankuasa tersebut," katanya.

"Anak beliau ada di dalam CWC, menantu perempuannya pula Timbalan Puteri, Ketua Pemuda adalah dari kastanya. Ini bukti bahawa keluarga beliau memegang tampok politik parti MIC," katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada timbalan presiden G Palanivel dengan mengingatkan bahawa beliau akan dipecat kerana Samy Vellu tidak akan membiarkan sesiapa sahaja menghalang rancangannya.

"Samy Vellu mahu anaknya menjadi presiden (dan beliau akan pastikan berlaku demikian) dengan memecat sesiapa saja," katanya sambil menambah bahawa beliau menjangka Samy Vellu akan menarik balik keputusannya untuk bersara menjelang September tahun depan.

Tiada ulasan: