HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 November 2010

Anwar akan terangkan isu semasa kepada PKR Pahang

Anwar Ibrahim 4Oleh Muda Mohd Noor

KUANTAN: Kira-kira 200 pimpinan pelbagai peringkat PKR Pahang akan menghadiri program PKR negeri di sebuah restoran di bandar Kuantan esok, kata Setiausaha PKR negeri, Razali Alias.

"Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali akan menerangkan isu-isu semasa kepada ahli dan pimpinan PKR Pahang.

"Terdapat juga soal jawab dengan kedua-dua pemimpin utama PKR itu.

"Pengerusi PKR negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan pimpinan negeri akan menghadiri program tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ini merupakan program kedua Anwar selepas menghadiri kongres PKR Selangor di Shah Alam Sabtu lalu.

Difahamkan isu Datuk Zaid Ibrahim yang keluar parti Jumaat lalu akan turut ditimbulkan dalam program sehari itu.

Ketua AMK Pahang, Rizal Jamin berkata, isu Zaid mungkin ditimbulkan dalam majlis dialog antara pemimpin PKR negeri dengan Anwar.

Program itu akan diadakan secara tertutup, tambahnya.

Ketika ditanya adakah Anwar akan cuba meredakan ketegangan antara Fauzi dengan Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail, itu adalah hal peribadi antara mereka berdua.

"Perbezaan pendapat adalah perkara biasa tetapi yang lebih penting persiapan PKR neger menghadpi pilihanraya umum akan datang," katanya.

Sebelum ini dilapurkan hubungan antara mereka tidak sepakat terutama apabila Razali mencabar Azan dalam pemilihan ketua cabang Indera Mahkota baru-baru ini.

Fauzi yang dihubungi pula berkata, beliau tidak mengetahui secara mendalam atur cara lawatan Anwar ke negeri Pahang.

Katanya, ia adalah lawatan sambil kerja Anwar dan akan mengadakan perjumpaan biasa dengan PKR negeri.

Tiada ulasan: