KUALA LUMPUR – Parlimen mencuci tangan dalam isu berkaitan dengan kerugian besar RM2 bilion Sime Darby Berhad dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) hari ini mendakwa ia tiada kuasa untuk menyiasat syarikat berkaitan kerajaan itu.
Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid memberitahu pemberita di bangunan Parlimen bahawa, Sime Darby, yang pemegang saham utamanya Permodalan Nasional Bhd, tidak dianggap sebagai “agensi kerajaan”.
Katanya, sumber-sumber kewangan kedua-dua PNB dan Sime Darby, datang daripada pelabur swasta, dan oleh itu tidak sesuai untuk disiasat oleh PAC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan