IPOH - Buat pertama kalinya dalam siri menjelajah ke seluruh negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan dibawa menaiki bas menelusuri jalan raya di Perak menuju ke destinasi yang telah diatur dalam lawatan kerjanya itu.
"Dulu naik kereta kali ini kita naik bas jumpa rakyat, mesejnya nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat.
"Tak boleh pisah antara satu sama lain dan ini akan bawa pemimpin dekat dengan rakyat,” katanya pada acara pertama lawatannya iaitu jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri di Taman Soon Choon di sini.
Lawatan itu melibatkan perjalanan dari Ipoh sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 km di mana Perdana Menteri mendekati serta bermesra dengan rakyat berbilang kaum termasuk kaum Orang Asli di Lasah, Sungai Siput.- Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan