Dengan tema “Malaysia Boleh”, apa-apa pun boleh terjadi di dalam negara kita ini.Sekiranya anda mempunyai wang lebih,anda boleh membeli Pulau Mengalum,Pulau Pandanan dan Pulau Montokud yang dijual hampir 94 juta!
Pulau Mengalum, yang terletak dibarat laut Sabah atau kira-kira 60km daripada bandar Kota Kinabalu, diiklankan untuk dijual dengan harga RM54juta.Pemilik Pulau itu sebelum ini adalah Jabatan Haiwan Sabah, namun telah bertukar tangan melalui proses “land swap”.
Sayangnya,bagaimana proses “land swap” ini boleh dilakukan, dengan tidak mengambil kira kehilangan kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang bernilai.Kami tak tahulah siapa yang meluluskan pembelian tersebut.Tapi,apa yang kami tahu, pihak kerajaan Sabah, mahupun persekutuan, perlu mengambil langkah-langkah sewajarnya agar pulau-pulau tersebut tidak terlepas ke tangan orang lain.
Cukuplah kita kehilangan Pulau Batu Putih, di Selatan Johor.Selain Pulau Mengalum, Pulau Pandanan yang berdekatan Semporna juga diiklankan untuk dengan harga RM33.8juta ditambah dengan Pulau Montokud yang berdekatan Papar-Sabah diiklankan untuk dijual dengan harga RM6juta.
P.S. Macam-macam ada sekarang…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan