HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 September 2011

Zaid Sedang Intai Peluang Kembali Kepada UMNO

PAHANG DAILY


Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan itu akhirnya menubuhkan parti Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pada awal Januari tahun ini.

Keputusan drastik Zaid keluar PKR menerusi blognya dan kemudian memecat ahli CWC parti KITA menerusi SMS membuktikan memang ada sesuatu yang tidak kena kepada bekas Calon PKR di Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor ini.

Nampak benar, beliau bukanlah seorang tokoh pemimpin yang berwibawa untuk berjuang membela rakyat. Apa yang lebih dikejarnya ialah "pangkat dan jawatan".

Biar pun dia mecipta sejarah sebagai satu-satunya Menteri di Malaysia yang meletakkan jawatan ketika "masih berkuasa", namun kini Zaid nampak begitu kecewa dengan keputusan beliau dulu. Beliau sangka dia boleh disanjung sebagai "hero" seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun semua itu meleset.

Akhirnya Zaid Ibrahim mencatur semula peluang untuk kembali kepada UMNO selepas melihat partinya sekarang "KITA" tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.

Malah, KITA dilihat tidak mempunyai harapan langsung untuk mendapat undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Jika adapun, mungkin ramai calon mereka akan "hilang wang pertaruhan" jika KITA terus menyertai PRU-13 menerusi pertembungan tiga penjuru.

Maka akhirnya, Zaid terpaksa mencari jalan terbaik untuk beliau kembali kepada UMNO. Bagai "bulan jatuh ke riba", peluang yang dinantikan Zaid akhirnya tiba bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.

Tindakan Najib itu, memberi ruang terbuka untuk beliau kembali kepada UMNO. Tambahan pula, ketika dia meletak jawatan dan meninggal parti itu, isu tentang ISA adalah antara punca yang menjadi faktor utama tindakan drastiknya dulu.

Tiada ulasan: