SABAH KINI
SEMAKIN
ramai pemimpin BN yang boleh diumpamakan sebagai 'ikan buruk kepala'
kerana membuat kenyataan rambang dan memalukan; terutama Timbalan
Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi sebagaimana yang dilapor
BERNAMA pada 22 Mei 2012 melalui artikel 'RM700 Juta Pasang Solar Hibrid Di Sabah' yang turut disiarkan Sabahkini.net.
Aktivis Masyarakat
dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu berkata demikian sebagai
mengulas kenyataan tidak bertanggung jawab Puad yang memaklumkan bahawa
Kerajaan telah memperuntukkan RM700 juta bagi pelaksanaan bekalan solar
hibrid kepada 179 sekolah luar bandar di Sabah yang masih belum
menikmati bekalan elektrik.
"Mengikut
kajian saya dan pencinta alam, kesemua 179 projek bekalan elektrik
hibrid di semua sekolah di luar bandar Sabah telah rosak dan gagal
berfungi sejak antara 3 hingga empat tahun lalu dan bukannya projek
baru," ujar Patrick yang merupakan penentang keras kepada penggunaan
bateri asid plumbum dalam projek solar hibrid Kementerian Pelajaran.
Sehubungan
itu, Patrick menggesa Menteri Pelajaran dan Puad meminta maaf secara
terbuka daripada rakyat Sabah yang selama ini diperdaya; termasuk janji
Puad untuk membina sekolah menengah sehingga sanggup mempertaruhkan
nyawa untuk dipenggal kepala jika sekolah berkenaan tidak jadi dibina.
"Sifat
pemimpin lidah bercabang seperti Puad telah menyebabkan mutu pelajaran
di Sabah merosot kerana kebanyakan sekolah di luar bandar tidak
mempunyai bekalan elektrik tetapi mempunyai projek bekalan elektrik yang
dibina hanya untuk menguntungkan kroni BN dan mencemar alam sekitar,"
ujar Patrick lagi.
Patrick
turut menggesa agar 'Ketua Menteri Sabah' menggunakan kuasa Imigresen
untuk menyekat 'Pembohong' seperti Puad daripada masuk dan keluar dari
Sabah untuk meneruskan agenda memperdaya rakyat Sabah di luar bandar
semata-mata untuk meraih undi.
"Advantagenya
bukan kepada BN, sebaliknya kepada pembangkang yang sudah mula mengikat
hidung tinggi Puad Zarkashi yang tidak ubah seperti Pinnochio," kata
Patrick yang menggesa agar Menteri Kabinet yang bertanggung jawab
berhubung hal ehwal pelajaran agar campur tangan supaya sekolah di luar
bandar tidak terus bergelap menjelang pilihanraya umum akan datang.
|
HALAMAN SANTAI
Ahad, 27 Mei 2012
PUAD ZARKASHI LAMBANG 'IKAN KEPALA BURUK' BN?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan