Gangguan semasa ceramah ia adalah perkara biasa dan ia juga berlaku di tempat-tempat lain.
PETALING JAYA: Parlimen Lembah Pantai bukan kawasan politik yang panas, kata bekas Ketua Umno bahagian, Yusri Ahmad.
“Gangguan semasa ceramah ia adalah perkara biasa dan ia juga berlaku di tempat-tempat lain.
“Dengan pilihanraya yang semakin hampir, kejadian sebegitu mudah berlaku,” katanya.
Beliau mengulas kekacauan yang berlaku di ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ceramah anjuran Umno dalam keadaan berdekatan di Lembah Pantai, malam Khamis lalu.
Seorang lelaki warga emas dilaporkan cedera didahi apabila terkena batu yang dibaling secara rawak daripada kem Umno dan segera dikejarkan ke hospital berdekatan dengan ambulans.
Pemuda Umno Lembah Pantai sebelum itu menghalang jalan utama menghala ke ceramah PKR dengan membawa sepanduk tertera perkataan “Anwar punca keganasan di negara ini.”
Menurut Yusri, dalam insiden sukar untuk menentukan siapa yang bersalah kerana masing-masing membawa ideologi politik sendiri.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih matang berpolitik bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan