HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Ogos 2012

Awas taktik tipu menyamar pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat

SABAH TIMES

 
TAWAU: Polis meminta masyarakat tidak terpedaya dengan taktik sindiket menipu yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu memohon bantuan untuk mereka.

Ketua Polis Daerah, ACP Ibrahim Chin berkata, sebanyak tujuh kes dilaporkan sepanjang awal tahun ini dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM15,000 hingga ke RM20,000 dan seorang suspek berjaya ditangkap.

Menurutnya, taktik sindiket yang berpakaian kemas dan berkereta menyatakan mereka pegawai Kebajikan Masyarakat mula aktif sejak awal tahun ini menyasarkan golongan warga tua yang berumur 70 tahun.

“Suspek akan pergi mencari mangsa yang berumur, tua dan tanpa sesiapa menemani mereka kononnya bagi membantu menguruskan bantuan dengan meminta mangsa menghulurkan barang-barang kemas dan telefon bimbit,’’ katanya.

Katanya, mangsa yang percaya akan memberikan barang-barang mereka lalu dijanjikan dan hanya akan tersedar telah ditipu apabila menunggu suspek terlalu lama dan tidak kembali ke tempat itu dijanjikan.

Dalam pada itu, polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dipercayai telah melakukan penipuan dengan menyamar sebagai Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menghadirkan diri untuk perbicaraan kes di mahkamah.

Ibrahim memberitahu, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Basri Saifuddin, 41 tahun dengan alamat terakhirnya Kampung Berungis, Tuaran Sabah, perlu menghadirkan diri ke mahkamah pada 9 Ogos ini.

“Waran tangkap terhadap suspek telah dikeluarkan dan Basri yang memegang kad pengenalan bernombor 710830-12-5889 diminta tampil untuk menghadiri kes perbicaraan terhadapnya,’’ katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi Inspektor Siva Prakash A/L Alagan di talian 089-752222 ext 242 atau 017-2000842.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: