| Oleh Aspan Alias |
31 Ogos ini buat pertama kalinya kita akan menyaksikan kemeriahan perayaa
n
ulang tahun kemerdekaan negara ditukar menjadi perayaan ulang tahun
Barisan Nasional. Tidak tahu pula saya perayaan yang ke berapa.
Nampaknya perayaan yang akan menelan belanja puluhan juta itu
dipengerusikan oleh seorang Menteri BN dan jika Menteri ini menjadi
pengerusinya tentulah belanjanya akan berlipat kali ganda mahalnya jika
dibandingkan dengan belanja yang sepatutnya.
Maklum
sahajalah Menteri-Menteri sekarang selain menganggotai kabinet
kebanyakan daripada mereka adalah juga kontraktor-kontraktor dan
pembekal-pembekal yang berniaga dengan setiap perayaan besar-besar yang
dikendalikan oleh kementerian masing-masing.
Buat
pertama kalinya tidak semua rakyat yang akan merayakan perayaan ini,
seperti tahun-tahun yang lepas kerana kali ini perayaan hanyalah untuk
pemimpin-pemimpin BN dan penyokong serta saki baki penyokong mereka
sahaja.
Jawatankuasa
perayaan ini sengaja melakukan niat agar mereka yang tidak bersama di
dalam BN untuk tidak merayakannya. Jika Jawatankuasa Penganjur mahukan
semua lapisan masyarakat untuk bersama merayakannya slogan ‘Janji
ditepati’ itu tidak akan digunakan untuk perayaan ulang tahun
kemerdekaan ini.
Lain-lain
perkataan jika Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman masih hidup tentulah
pemimpin-pemimpin ini tidak akan merayakannya bersama. Tetapi tidak
mengapalah kerana kita tidak semestinya pergi bersama-sama merayakan
perayaan anjuran BN itu. Bagi puak kita pula kita boleh merayakan ulang
tahun kemerdekaan itu dengan mengadakan doa selamat di rumah
masing-masing.
Marilah
kita berdoa memohon keredhoan Tuhan untuk kita semua tetap dengan
pendirian untuk mengakui bahawa kemerdekaan itu adalah perjuangan rakyat
dan bukannya BN semata-mata. Kita yang membaca sikit-sikit ini tahu
bahawa perjuangan kemerdekaan ini telah bermula lebih dari dua dekad
sebelum UMNO (yang sudah pun mati) itu ditubuhkan pada 11 Mei 1946
dahulu.
Mari
kita bersama-sama mengingati yang bangsa-bangsa lain juga turut bersatu
dalam menyambung perjuangan kemerdekaan yang telah dimulakan oleh
pertubuhan-pertubuhan yang bergerak sebelum Perikatan diwujudkan dahulu.
Kita juga boleh mengambil slogan “janji ditepati’ itu dengan
melaksanakan janji-janji kita untuk menjaga keharmonian hidup setiap
bangsa di negara ini.
Marilah
kita memperingati slogan ‘janji ditepati’ ini dengan memerangi
gejala-gejala rasuah oleh mereka yang mentadbir negara ini. Kita semua
telah berjanji semasa mencapai kemerdekaan dahulu untuk menjaga negara
kita daripada dibolosi oleh musuh-musuh negara seperti rasuah dan
salahguna kuasa serta mengenepikan pencuri-pencuri harta rakyat seperti
yang kita jelas nampak pada hari ini.
Kita
mesti tepati janji-janji ini seperti yang kita telah bai'ahkan bersama
semasa mencapai kemerdekaan dahulu. Janji yang ‘ultimate’ bagi kita
dahulu ialah untuk mencapai matlamat penyatuan semua kaum dalam
kehidupan yang muhibbah dan aman sentosa buat selama-lamanya.
Semasa
mencapai kemerdekaan dahulu salah satu janji rakyat ialah untuk
meningkatkan maruah bangsa-bangsa di dalam negara ini untuk menjadi
bangsa-bangsa yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Tetapi
semuanya itu tidak ditepati oleh parti yang menyambung perjuangan UMNO
asal dahulu untuk peningkatan maruah bangsa Melayu pimpinannya.
Sebaliknya,
Melayu telah dididik untuk menjadi bangsa yang sentiasa menadah tangan
meminta ehsan dari pemimpin bangsanya yang berada di dalam BN sekarang
ini. UMNO tidak mahu menerima rakyat yang mempunyai pemikiran yang telah
meningkat kerana jika orang Melayu meningkatkan tahap pemikiran mereka,
UMNO tidak akan kekal lagi berkuasa.
Itulah
sebabnya UMNO telah mendidik bangsanya untuk mengangguk seperti burung
balam dan jika tidak mahu menurut akan dianggap sebagai musuh dan seteru
mereka sepanjang masa.
Itulah
sebabnya pihak yang sebenarnya yang diharapkan untuk menepati
janji-janji ini ialah pihak dari barisan alternatif sekarang ini. BN
telah jelas tidak menepati janji-janji itu. Jika benar mereka sudah
menepati janji-janji itu Melayu tidak akan masih tinggal di belakang dan
sekarang sepatutnya sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan bangsa-bangsa lain dalam kehidupan yang muhibbah dan harmonis
tanpa isu-isu rasis yang menebal seperti yang diperbesarkan oleh UMNO
sekarang ini.
Oleh
itu mari kita mengingati tarikh 31 Ogos ini sebagai hari untuk
melonjakkan semangat kita untuk kita menepati janji-janji itu yang telah
dimungkiri oleh pihak UMNO dan BN.
Lagi
sekali slogan ciptaan BN itu sedang mengguna pihak Pakatan Rakyat untuk
melaksanakannya seperti slogan ‘Bersih, Cekap, dan Amanah’ ciptaan
Mahathir yang akhirnya dilaksanakan oleh pihak Pakatan Rakyat di
negeri-negeri kendalian mereka (PR) sekarang ini.
Tapi tiada siapa yang tidak memahami kenapa perayaan kemerdekaan tahun ini menjadikan 'janji ditepati' itu sebagai slogannya; tidak lain dan tidak bukan kerana BN dalam keadaan 'desperate' yang amat sangat. Bagi mereka (BN) perasaan malu sudah tidak ada lagi. Moral pula jauh sekali.
Tapi tiada siapa yang tidak memahami kenapa perayaan kemerdekaan tahun ini menjadikan 'janji ditepati' itu sebagai slogannya; tidak lain dan tidak bukan kerana BN dalam keadaan 'desperate' yang amat sangat. Bagi mereka (BN) perasaan malu sudah tidak ada lagi. Moral pula jauh sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan