Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir
menggesa rakyat Kedah mengembalikan pentadbiran BN jika masih sayangkan
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, kekalahan BN pada pilihan raya
umum lalu satu tamparan hebat kepada Dr Mahathir kerana beliau mantan
perdana menteri daripada negeri itu.
”Kekalahan pada tahun 2008
mengaibkan kita. Antara yang malu adalah Tun Mahathir sebab dia orang
Kedah.
“Kalau sayang Dr Mahathir jangan bagi dia malu kali kedua,” kata Mukhriz pada majlis berbuka bersama media di Kuala Lumpur petang semalam.
Tambahnya
lagi, tinjauannya juga mendapati pimpinan PAS Kedah sedang bergelut
berebut kuasa sesama sendiri untuk bertanding dalam pilihan raya umum
akan datang.
“Dalam PAS
Kedah wujud perebutan kerusi kerana mereka tahu mereka bukan lagi
pembangkang,” katanya yang juga anggota parlimen Jerlun.
Anak
ketiga Dr Mahathir itu juga berkata, kerajaan negeri semakin tidak
sensitif kepada bukan Muslim apabila mendiskriminasikan golongan itu
berkaitan peraturan kunjungan pusat hiburan.
“Mereka (bukan Muslim) semakin tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri.
“Kenyataan mereka seolah-olah menggambarkan orang bukan Islam sentiasa mengunjungi pusat hiburan dan tidak bermoral,” katanya.
“Kenyataan mereka seolah-olah menggambarkan orang bukan Islam sentiasa mengunjungi pusat hiburan dan tidak bermoral,” katanya.
Kedah
sebelum ini mengeluarkan arahan melarang orang Islam daripada
berkunjung ke pusat hiburan pada bulan Ramadan tetapi bukan beragama
Islam dibenarkan.
Mengulas
ura-ura akan dicalonkan menjadi menteri besar Kedah jika BN kembali
memerintah, Mukhriz hanya menjawab “sedia membantu Kedah sejak dahulu
lagi”.
“Dari dahulu lagi saya sedia bantu Kedah sedaya-upaya untuk menangkan Kedah semula.
“Perpaduan adalah penting untuk memenangi Kedah semula.
‘Kalau
tidak bersatu, jangan mimpi kita boleh menang semula dan mungkin nanti
akan menyesal tak sudah,” katanya tanpa menyentuh secara langsung
kesediaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan