KUALA LUMPUR, — Kerajaan akan mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada golongan yang mempunyai berpendapatan isi rumah rendah di bawah belanjawan 2013.
Langkah ini dilihat untuk menaikkan imej Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang dijangkakan akan diadakan awal tahun depan.
“BR1M kedua akan diberikan sebahagian daripada komponen belanjawan,” kata sumber dalam kerajaan kepada The Malaysian Insider.
Sumber berkenaan enggan memberikan maklumat lebih lanjut, akan tetapi keputusan untuk memberikan bantuan pusingan kedua menunjukkan kemungkinan besar pilihanraya tidak akan diadakan tahun ini.
Ini adalah kerana pemberian RM500 akan mengambil masa untuk diagihkan.
RM500 akan diberikan kepada lebih lima juta keluarga dan dianggarkan berjumlah RM2.6 billion wang pembayar cukai awal tahun ini yang menyaksikan populariti Najib meningkat ke 69 peratus.
Akan tetapi keganasan yang berlaku di antara polis dan peserta perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil pada 28 April telah menyebabkan populariti Najib menurun ke 65 peratus pada bulan lalu.
Najib akan membentangkan belanjawan pada 28 September dan selain daripada pemberian BR1M, beliau dijangkakan akan mengumumkan langkah untuk meningkatkan lagi ekonomi sebelum beliau memanggil pilihanraya.
Ekonomi bertumbuh pada kadar 5.4 peratus dalam suku kedua, dimana ianya sesuatu yang memeranjatkan, tidak seperti yang dijangkakan oleh pakar ekonomi serta berpotensi untuk menimbulkan ‘rasa baik’ di kalangan rakyat menjelang PRU.
Akan tetapi, khabar baik itu tidak akan bertahan lama oleh kerana keadaan ekonomi global akan menjejaskan pasaran eksport Malaysia.-The Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan