HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 Ogos 2012

Polemik hudud perkembangan sihat

 
ARAU- Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan perbahasan tentang hudud yang sedang dipolemikkan banyak pihak ketika ini sebagai perkembangan yang sihat.

Katanya, selain membuka ruang percambahan pandangan, perbahasan berterusan juga telah membuka minat kepada bukan Islam untuk mengambil tahu apa itu hudud.

"Sekarang ini, perbincangan tentang hukum hudud dah menjadi perbincangan semua kaum dan semua agama, Ini adalah suatu perkembangan yang sihat.

"Cuma orang Islam ini sensitif kalau orang bukan Islam tolak syariat Islam tapi bila orang Islam tolak syariat dia tak kata apa pun, mufti pun tak kata apa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya pada majlis anjuran PAS Kawasan Arau di Markas PAS Cawangan Simpang Empat di sini baru-baru ini.-harakahdaily

Tiada ulasan: