HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Ogos 2012

Siasatan Bank Negara terhadap pimpinan KEADILAN bermotif politik – Surendran

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR  Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tindakan Bank Negara memanggil Pengarah Strategi KEADILAN , Rafizi Ramli supaya hadir untuk disoal siasat bermotif politik dan percubaan untuk menutup mulut mereka yang melaksanakan kewajipan mendedahkan skandal yang melibatkan pembaziran dana awam.

Surendran yang juga peguam akan menemani Rafizi dalam pertemuan dengan pegawai penyiasat Bank Negara petang ini berhubung dakwaan melakukan kesalahan mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan.

Beliau malah menyifatkan tindakan itu sebagai ‘pelik logik’ dan menganggap ia satu ugutan kepada pemberi maklumat lain yang mempunyai maklumat mengenai amalan rasuah di peringkat tertinggi.

“Sudah pun bermula pendakwaan jenayah terhadap orang yang terlibat dalam pembaziran dana awam ini berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh Rafizi Ramli,” kata Surendran dipetik Malaysiakini.

Hukuman bagi kesalahan di bawah akta tersebut boleh melibatkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda tidak melebihi RM3 juta.

Tiada ulasan: