Pemasangan
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 90 negara di seluruh dunia
terbukti berjaya mengurangkan kadar kemalangan di antara 40 sehingga 60
peratus.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan
telah menjalankan kajian selama 10 tahun sebelum memutuskan untuk
melaksanakan sistem berkenaan di negara ini.Oleh itu katanya, kerajaan
tidak berhasrat untuk mengkaji semula penggunaan sistem berkenaan
walaupun mendapat tentangan daripada sesetengah pihak.
“Saya
telah jelaskan dan ingin tekankan sekali lagi bahawa kerajaan tidak
mempunyai sebarang rancangan untuk melakukan kajian dan menangguhkan
pelaksanaan AES.
“Kami
telah melakukan kajian hampir 10 tahun dan sistem ini terbukti berjaya
di 90 negara luar. Selain itu, kami juga menerima reaksi positif
daripada majoriti pengguna jalan raya yang mahukan AES dilaksanakan
kerana tidak gembira dengan sikap buruk pengguna jalan raya lain,”
katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Sebanyak 831 lokasi hitam kemalangan bakal dilengkapi (AES) termasuk 14 lokasi yang telah beroperasi sejak 23 September lalu dan lokasinya ditentukan berdasarkan data kemalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebanyak 831 lokasi hitam kemalangan bakal dilengkapi (AES) termasuk 14 lokasi yang telah beroperasi sejak 23 September lalu dan lokasinya ditentukan berdasarkan data kemalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada
itu, Cho Ha turut menolak dakwaan bahawa kerajaan mengeluarkan
perbelanjaan yang besar untuk memasang dan melaksanakan sistem
tersebut.
Katanya,
kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun kerana sistem berkenaan
dikendalikan oleh syarikat konsesi yang diberi tanggungjawab selama
lima tahun.
“Selepas
habis tempoh lima tahun, syarikat tersebut akan menyerahkan semua
kamera, kenderaan, termasuk peralatan di pusat operasi,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan