HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 Oktober 2012

Kong: AES tidak dilaksana secara tergesa-gesa

SINAR HARIAN

Datuk Seri Kong Cho Ha
Datuk Seri Kong Cho Ha
 
KUALA LUMPUR - Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya kerajaan telah mencadangkan sistem sedemikian 10 tahun lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Kong yang juga Setiausaha Agung MCA, berkata pada 2003 kerajaan meneliti sistem serupa di negara lain dan mendapati sistem tersebut berupaya mengurangkan kemalangan serta kematian akibat kemalangan sehingga 60 peratus.

Sebanyak sembilan syarikat menyertai tender AES pada 2006 dan tujuh daripadanya melaksanakan demonstrasi sistem masing-masing, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Wanita MCA ke-37, di sini hari ini.

Menurut Kong jawatankuasa pemilih yang dianggotai antaranya Perbendaharaan, Pejabat Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meneliti semua bidaan dan pada 2009, dua syarikat dipilih untuk memasang dan melaksanakan sistem itu.

Beliau juga memberi jaminan lebih banyak perbincangan dengan masyarakat sertai program kesedaran akan dilaksana bagi memastikan orang ramai memahami akan sistem tersebut. - Bernama

Tiada ulasan: