Oleh Zolkharnain Abidin
Sehari dua ini, dimana-mana sahaja orang bercakap Musa Hassan nak masuk PAS. Ada orang PAS yang seronok. “Tengok, bekas ketua polis nak masuk PAS… ketua JKKK tunggu apa lagi? Ketua PIBG takkan lebih besar daripada ketua polis?”
Ramai pula
yang curiga. “Bekas KPN nak masuk PAS? Biar betul, ini mesti ada
apa-apa…!” Pendek kata, orang PAS berbelah bahagi jika benarlah berita
yang tersebar dia nak masuk PAS.
Semasa Hassan
Ali nak masuk PAS dulu, semua orang mengalu-alukannya. Saya masih
ingat, semasa Hassan berkunjung ke Perlis, kehadirannya ke majlis
ceramah beliau luar biasa sekali. Semua orang suka dan seronok. Nama
Hassan Ali dijaja dimana-mana.
Demikian halnya dengan Ibrahim Ali.
Dia
tak masuk PAS, tetapi kesediaannya untuk berceramah di pentas PAS
menjadikan sebahagian besar orang PAS rasa teruja. Cara dia hentam
Abdullah Ahmad Badawi ketika itu mengalahkan penceramah PAS. Pendek
kata, mungkin pada waktu itu, kalau Ibrahim Ali nak masuk PAS, orang
tak berapa persoalkan sangat seperti Musa Hassan.
Ringkas cakap, sesiapa sahaja yang nak masuk PAS, tak cukup tapak tangan nyiru ditadahkan.
Berlainan
dengan Musa Hassan. Kalau benar dia nak masuk PAS, ramai sungguh orang
yang bagi ‘signal’ supaya dia tidak diterima. Pada hal Musa anak orang
baik, cuma mungkin dia sendiri tidak terkenal sebagai orang baik dalam
kalangan orang PAS seperti Hassan Ali.
Rasanya
Musa Hassan tak perlu masuk PAS sekurang-kurangnya buat masa ini. Dia
perlu terlebih dahulu membuktikan secara sungguh-sungguh bahawa kalau
dia masuk PAS, dia tidaklah seperti yang disangkakan oleh orang PAS.
Soalannya ialah, bagaimana dia nak membuktikannya?
Kita
tak boleh halang orang untuk buat baik tetapi sekiranya kebaikannya
itu membawa natijah yang buruk kepada umum, walau pun natijah buruk itu
belum pasti, elok kebaikan itu ditangguhkan sementara.
Kalau
Musa Hassan masuk PAS, buat masa ini, orang tidak memandang
tindakannya itu baik tetapi orang akan menuduh dia mempunyai agenda
tersendiri. Tuduhan itu bukan sembrono tetapi berasaskan kepada
pengalaman dan pengetahuan orang ramai mengenai sikapnya terhadap PAS
sebelum ini.
http://sauhdibongkar.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan