HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Oktober 2012

Pelajar UIA undi semula hari ini

Raziatul Hanum A Rajak

Pelajar UIA undi semula hari ini
 
Pelajar jurusan undang-undang UIAM membuang undi di Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, kampus induk di Gombak, hari ini.
 
GOMBAK - Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIAM) mengadakan pengundian semula pilihan raya kampus hari ini, seminggu selepas ia menangguhkan pengumuman keputusan pilihan raya ekoran masalah teknikal dalam sistem e-undi.

Pengundian bermula jam 9 pagi tadi dan akan berakhir 5 petang ini.

Setakat jam 12.30 tengah hari, UIAM kampus Gombak mencatatkan 35.75 peratus pelajar sudah keluar mengundi iaitu 4,676 orang daripada 13,089 pelajar yang layak mengundi.

Sebelum ini, UIAM menyasarkan 70 peratus pelajar akan keluar membuang undi.

Tiada ulasan: