HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Oktober 2012

Pemimpin Umno kebas jutaan ekar tanah rakyat – Jui Meng

Oleh Aliff Fikri

KUALA LUMPUR : Jutaan ekar tanah milik rakyat dikebas pemimpin Umno Johor sejak dulu lagi, dedah Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Beliau yakin rampasan yang berleluasa itu menjadi pemangkin kepada perubahan kuasa politik di negeri berkenaan.

“Ini bukan baru. Harus diingat pada 1992, 32 juta ekar tanah rakyat dirampas Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Muhyidin Yassin.

“Sekarang masih berlaku. Ghani Othman bolot tanah seluas 22,500 ekar bersama-sama Datuk Seri Najib Razak untuk kayakan kroni.



“Mereka fikir dapat lindungi penyelewengan itu tapi KEADILAN Johor akan membongkarkannya demi menegakkan hak rakyat,” katanya pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di depan 6,000 penyokong di Sutera Mall, Skudai, Sabtu lalu.

Naib Presiden KEADILAN itu mengajak rakyat Johor mengikut jejak rakyat Sabah dan Sarawak yang bangkit untuk membawa perubahan politik.

“Hasil kekayaan negeri adalah milik rakyat tetapi setelah 55 tahun, rakyat tidak mampu merasai hasilnya.
“Jika Sabah dan Sarawak makin hampir kepada perubahan, mengapa tidak Johor? Apakah kita masih mahu ditipu Umno lagi?” katanya.

Tiada ulasan: