Murid ditempatkan di balai raya, surau dan rumah kedai sebagai tempat pembelajaran sementara.
Laporan Ketua Audit Negara
PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa sekolah agama Kerajaan Johor (SAKJ) tidak memiliki kemudahan serta penempatan sementara yang tidak sempurna.
Menurut laporan itu, oleh kerana bilangan murid yang ramai dan kekurangan bangunan sekolah, Jabatan Agama Johor (JAJ) telah membenarkan penempatan murid dibalai raya, surau dan rumah kedai sebagai tempat pembelajaran sementara.
Sehingga Disember 2011, sebanyak 24 buah sekolah di seluruh negeri Johor masih ditempatkan di pelbagai premis.
JAJ memaklumkan, kedudukan sekolah yang menumpang adalah disebabkan tiada tapak dan penyewaan dilakukan kerana bangunan sekolah yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai.
Situasi tersebut menyebabkan murid terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa akibat gangguan bunyi bising dan keselamatan yang tidak terjamin.
Laporan Ketua Audit turut mendapati, daripada 20 buah SAKJ yang dilawati, 16 daripadanya tidak mempunyai kelengkapan keperluan asas yang tidak sempurna seperti bilik mesyuarat, bilik sumber dan kantin ataupun kemudahan asas yang tidak sempura kebanyakannya telah uzur.
Disamping itu, perabot seperti meja belajar dan kerusi murid juga berada dalam keadaan uzur. Ini disebabkan oleh bekalan perabot baru lewat diterima dan dan ada sebahagiannya tidak menerima peruntukan perabot baru.
Keadaan yang sama turut berlaku kepada tenaga pelajar. Kemudahan pejabat tidak mencukupi mencukupi menyukarkan perhubungan pihak sekolah dengan JAJ dan kerja-kerja pentadbiran sekolah. Sebahagian sekolah yang mempunyai peralatan tersebut adalah menerusi sumbangan individu atau pembelian menggunakan wang Badan Kebajikan Sekolah Agama (BKSA).
SAKJ yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan JAJ telah menerima peruntukan sebanyak RM145.07 juta daripada kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Johor pada tahun 2011.
Tahap keselamatan tidak memuaskan
Secara keseluruhannya, Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati:
- Penempatan sekolah agama di rumah kedai sebagai tempat pembelajaran sementara adalah kurang selesa dan keselamatan murid tidak terjamin kerana tiada kawalan keselamatan disediakan.
- Program penyenggaraan dan baik pulih tidak mengikut perancangan disebabkan kekangan peruntukan kewangan telah mengakibatkan kerosakan kecil menjadi semakin serius terhadap bangunan SA yang terlibat.
- Tahap keselamatan di SA tidak memuaskan di mana terdapat premis sekolah yang mempunyai pagar yang telah rosak serta tidak mempunyai pengawal keselamatan selain alat pemadam api yang tidak mencukupi dan sempurna.
- Pengurusan aset dan Inventori di SA tidak mematuhi tatacara pengurusan aset alih bagi kaedah pendaftaran dan pelupusan aset.
- Kekurangan guru dan pembantu tadbir di SA boleh menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran serta pentadbiran pengurusan sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan