Belum masuk alam pekerjaan lagi, sudah ditawarkan kepada anak-anak muda dengan mengajak siswa beli kereta
Perodua mereka? Kalau mengangur bagaimana? Adakah Perodua akan ada
tawaran “grace period” tidak perlu bayar untuk tempoh setahun lamanya?
Sudah
tentu tidak. Mereka mesti mahu untung dengan apa cara sekalipun.
kelihatan, orang kuat Perodua ini sudah mula panas punggung. KPI belum
tercapai agaknya pada tahun 2012 ini.
Syarikat Perodua ini jugalah baru-baru ini yang mencadangkan kereta melebihi 10 tahun dilupuskan. Apa alasan yang mereka berikan? Tidak selamat katanya? Tidak selamat atau jualan perdoua sedang merudum sekarang? Yang mana satu?Memang mereka hanya mengira “perut” mereka sahaja. Tidak syak lagi.
Hanya Bawa Kad Matrik & Penjamin Boleh Beli Kereta Perodua
Bukankah
4-5 tahun lepas Perodua dilihat bersungguh-sungguh naikkan harga
“replacement Kancil” atas alasan model kereta mereka ada “bau-bau”
Jepun? Sekarang ini mereka sendiri yang melatah dengan tindakan mereka
dahulu….
Tawaran Terbaru Beli Kereta Perodua Yang Baru Kepada Kelompok Ini. Apa Positif?
- Adakah Perodua mahu menambah bilangan orang muda ke arah bankrupsi yang telah ada sedia ramai ketika ini? (Sumber)
- Adakah pelajar-pelajar ini, habis sahaja belajar terus ditawarkan pekerjaan?
- Adakah peluang pekerjaan terhidang begitu luas kepada kelompok pelajar ini sehingga ditawarkan untuk beli kereta baru ini? Jika ya…..mengapa permohonan KPLI sehingga berpuluh ribu setiap tahun?
- Kalau pelajar ini terpaksa extend bagaimana? Pada masa itu, sudah ada tanggungan hutang kereta? Erm….
Downpayment
tak perlu bayar, tunjuk kad matrik dan bawa sekali seorang penjamin
yang pastinya kalangan ayah @ emak @ adik beradik mereka. Kami yakin
penjamin pinjaman kereta ini adalah penjamin pinjaman PTPTN juga. Dan
apabila siswa itu tak dapat kerja dengan segera, penjamin pula yang akan
menanggung 2 hutang pula :
Siswa bangkrap, penjamin pun bangkrap sama. Daripada tiada masalah, cari masalah tanpa membuat keputusan dengan pertimbangan yang sewajarnya. Hakikat sebenarnya :
- Hutang PTPTN
- Hutang Kereta
Bukan siswa itu yang beli kereta Perodua baru, tetapi penjamin atau ibubapa siswa itulah yang beli kereta sebenarnya”Apa-apa hal yang berlaku di kemudian hari, penjamin-penjamin inilah yang akan kena. Skim ini cuma salah cara untung menguntung jualan kereta Perodua sahaja.
Sepatutnya,
budak-budak yang baru graduasi ini atau dalam proses mahu grad ini,
diajar bagaimana nak menjadi “kuat” sebelum menempuh alam pekerjaan
termasuklah juga ilmu-ilmu kewangan yang sepatutnya diterapkan dalam
diri anak-anak muda ini. Berikan mereka kesedaran.
Bagi
kami idea seperti hanya menguntung Perodua sahaja. Skim yang ditawarkan
oleh Perodua, jikalau dikehendaki membawa penjamin kami pasti tiada
masalah sekarang siswa untuk beli kereta Perodua baru dengan lebih mudah
tanpa memikirkan risiko di kemudian hari.
Ini ditambah pula dengan skim yang mereka tawarkan sekarang, yang dipanggil “skim Belon”
- Mula-mula bayar rendah
- Makin lama makin mahal
- Nanti masuk 5 tahun hutang kereta masih lagi berlambak-lambak disebabkan bayaran bulanan pada permulaan dahulu kecil atau rendah.
- Akhirnya, pada masa tahun tersebut, anak-anak muda “terpaksa” membuat kerja overtime” bagi menampung kos pembelian kereta mereka ketika di tahun akhir universiti dahulu
- Masa itulah nak kahwin dan beberapa komitmen dan tanggungjawab lain. Nak kahwin hutang lain? Akhirnya jadilah masalah seperti tajuk laporan berita yang pernah kami keluarkan dahulu “Wang Hantaran di Malaysia : RM12,000-RM15,000 Bagi Pasangan Lulusan Ijazah!! Anda Setuju?”
Walaupun, mengatakan bayaran bulanan hutang beli kereta
baru ini boleh diselesaikan mengikut masa, tetapi perlu difikirkan juga
duit minyak, tol, insurans & kos penyelenggaraan kereta perlu
difikirkan juga.
Walaubagaimanapun,
kami hanya berkongsi sedikit pandangan sahaja, anda yang berhak
menentukan baik buruknya sebelum membuat keputusan. Terpulang….
P/S
: Anak-anak muda kena paham erti perit-jerih mencari duri, barulah
boleh diberikan peluang untuk membuat hutang kereta. Ini tidak, hutang dulu, cari kerja kemudian? Itu pun kalau dapat kerja. Kalau tak dapat kerja lagi? Nak bayar macammana?
PP/S : Walaupun RM299 sebulan, nampak macam tak banyak tetapi dengan RM300 itulah, belanja dapur 1 keluarga anak 2….
PPP/S : Mengapa tidak turunkan harga kereta anda pada kadar yang munasabah?
Apa kata dan pendapat anda pula? Mungkin ada idea penambaikan kepada cadangan ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan