Abdul Rahman Dahlan ketika menyampaikan hujah pada Wacana Sinar Harian Bajet 2013.
Menurut Ahli Parlimen Kota Belut, Datuk Abdul Rahman Dahlan, PR patut pertimbangkan semula belanjawan yang mereka bentangkan supaya ia menjadi lebih adil, bukan hanya merujuk kepada sesuatu subjek semata-mata.
“Bajet yang kita bentangkan merangkumi semua aspek kehidupan masyrakat negara ini dan kita gunakan kuota yang besar, ini yang wajar difikirkan semula oleh PR,” kata beliau pada Wacana Sinar Harian Bajet 2013 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, malam ini.
Menurut beliau, jika PR mengambil tindakan berani untuk penghapusan tol yang bakal merugikan negara hampir RM6 bilion, jumlah ini perlu dilihat secara serius kerana secara tidak langsung memperjudikan masa depan negara.
“PR perlu bersikap lebih realistik dan lebih bertanggungjawab dalam membentangkan bajet mereka.
“Dalam apa yang saya perhatikan, mereka hanya memfokuskan beberapa perkara pokok saja seperti penghapusan tol, adakah mereka mampu memberi subsidi minyak kepada rakyat?” bidas beliau.
Beliau menambah, perkara pokok yang diberi perhatian PR ini perlu diperluaskan meliputi seluruh aspek keperluan masyarakat.
“Perkara ini boleh mendatangkan bahaya jika bajet pakatan dibuat dengan hanya mengambil beberapa keadaan tertentu, bukan secara keseluruhan,” katanya.
Beliau menambah, bajet yang dibentangkan kerajaan lebih realistik dan yakin mampu mengubah keadaan ekonomi negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan