HALAMAN SANTAI

Isnin, 18 Februari 2013

Dr M: Peneroka jangan 'gigit tangan' kerajaan

 


 
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa peneroka Felda agar mengingati jasa kerajaan menganjurkan skim tanah rancangan terbesar dunia itu dan "tidak menggigit tangan yang membantu mereka".

Beliau menggesa peneroka agar meneladani peneroka terawal Felda yang terdiri daripada pemimpin Umno setempat yang setia kepada "orang yang memberi nikmat kepada mereka".

"Nikmat itu bukan sahaja dapat tambah pendapatan secara berterusan tetapi juga dapat klinik untuk perubatan dan anak-anak mereka dapat bersekolah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' di Kuala Lumpur pagi tadi.

Tanpa merujuk secara langsung kepada Pakatan Rakyat, beliau menempelak pihak yang tiada jasa kepada peneroka tetapi menghasut mereka untuk menerima bantuan kerajaan tanpa berterima kasih kepada kerajaan.

"Mereka tiada bukti kejayaan tetapi mereka menyeru kita jangan berterima kasih, (pesan) ambil RM500 dan gigit tangan dia.

"Kalau kita bagi kehidupan yg baik kepada anak kita, tiba-tiba depa (mereka) tumbuk muka kita, baikkah macam itu?

"Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah," katanya lagi.

Tiada ulasan: