HALAMAN SANTAI

Isnin, 18 Februari 2013

Husam bertembung Saifudin di UM esok

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Para peminat akan mengikuti pendebatan politik dalam seminar politik dan pilihan raya menjelang pilihan raya umum ke-13 anjuran Universiti Malaya (UM) esok.

Ia akan menyaksikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah bertembung dengan Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Yang menariknya, kedua-dua tokoh ini adalah bekas aktivis pelajar di UM di awal 1980an dan berada dalam satu kumpulan yang kemudian berpecah apabila (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menyertai Umno pada tahun 1982.

Forum ini juga akan disertai oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta anggota Parlimen Huku Selangor, P Kamalanathan.

Mereka akan menyertai Forum PRU-13 anjuran UMCEDEL yang dijangka bermula jam 2.30 petang esok di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Pada sebelah paginya, Pengarah UMCEDEL, Profesor Datuk Dr Ridhuan Othman akan membentangkan sosio politik pra PRU.

Selepas itu, tiga pemimpin media akan membentangkan pandangan mereka dalam sessi bertajuk 'Harapan BN dan PR dalam PRU - 13'.

Ia akan disertai oleh Datuk Jalil Ali (Sinar Harian), Fathi Aris Omar (Malaysiakini) dan Zulkifli Sulong (Harakahdaily).

Tiada ulasan: