Editor BULETIN
Menurut aktivis GM13 Ehsan Bukhari, sambutan tersebut diadakan dengan cara aman bagi memberi 'tunjuk ajar' kepada Ahli Parlimen Pekan itu bagaimana mahasiswa menyambut beliau.
"Esok (18/2) Isnin, GM13 akan menyambut DS Najib Razak di Universiti Malaya, Pantai Dalam jam 10 pagi. GM13 akan sambut beliau dengan cara Mahasiswa bukannya budaya samseng sepertimana yang berlaku di Pekan, Pahang,"katanya dipetik melalui pesanan ringka kepada Buletinonline.
Beliau berkata, Najib hadir ke Universiti tersebut untuk hadir ke satu majlis penyampaian Baucer Buku kepada para mahasiswa.
Menurut arahan yang disampaikan dalam mesej tersebut, GM13 meminta semua mahasiswa berkumpul di dalam kampus Universiti terbabit.
"Berkumpul di dalam Universiti Malaya. Kalau tak dapat masuk berkumpul di pintu masuk dari arah Kuala Lumpur. Mohon sokongan kalian semua (mahassiswa) untuk hadir pada esok pagi,"jelasnya.
Pada 12 Fbruari lalu, mahasiswa telah dibelasah samseng di Dun Pulau Manis, Parlimen Pekan ketika jelajah mahasiswa ke Parlimen Pekan untuk PRU13. Tiga hari selepas peristiwa itu pada 15 Februari, GM13 telah dikepung pula hampir 100 orang samseng di Madrasah Al-Husna Pekan, Pahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan