HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Februari 2013

Media Umno putar belit ucapan Nik Aziz terhadap BR1M – Anwar

Fazallah Pit

KUALA LUMPUR : Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkaitan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bukan menghina rakyat sebaliknya mengecam motif pemberian itu.

Mempertahan ucapan Mursidul Am PAS itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kenyataan berkenaan diputar belit sekaligus membuktikan tahap kerosakan media kawalan Umno.

Pan-Malaysian Islamic Party spiritual leader Nik Aziz Nik Mat, left, shares light moment with former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim upon arrival for the opening of the new Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) Headquarters in Kuala Lumpur, Malaysia, Monday, May 21, 2007.  The Pan-Malaysian Islamic Party, the country's biggest opposition group, on Monday launched its new headquarters in Kuala Lumpur, calling it a big step toward reaching out to more people and boosting support ahead of general elections expected soon.    (AP Photo/Andy Wong)

"Saya dengar sendiri seluruh ucapannya yang tak menghina rakyat tapi hina motif penggunaan wang untuk memperbodohkan rakyat. Ada dua perbezaan.

“Nik Aziz dituduh hina rakyat yang tidak langsung tertera dalam ucapan beliau. Ini membuktikan betapa bobrok, rosaknya media Umno untuk cuba mengaibkan pemimpin yang menampilkan akhlak baik.

“Bila saya baca sekaligus, sukar mempercayai. Bila saya rujuk kenyataan lengkap. Ternyata sekali lagi fitnah yang direkayasa mahu dijadikan bukti sahih,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada rakaman dua minit yang
mengulas fitnah berleluasa media Umno terhadap ucapan Nik Aziz sepulangannya dari Mekah.

TGNA

Ia berikutan TV3 dan Utusan galak memfitnah kononnya Nik Aziz menyamakan penerima BR1M sebagai haiwan sedangkan maksud perumpamaan lain.

Anwar berkata, media kawalan Umno termasuk TV3 sebaik-baiknya perlu memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri ucapan asal Nik Aziz tetapi ia mustahil berlaku.

“Bagi rakyat dengar, TV3 beri ruang kepada Nik Aziz yang pada istilah Umno, mustahil berlaku. Jadi, kita doakan supaya perubahan (politik) berlaku ,” katanya.

Tonton rakaman kenyataan Anwar, KLIK INI.

1 ulasan:

taufiksalimabbas berkata...

Utusan dan TV3 ni skolah sampai darjah 6 je! Tu yang depa susah nak faham apa TGNA ghoyak. Sian takpe tunggu je la TGNA saman nanti. Standby je la duit RM1 juta nak bayar saman. Penyumbang dsna pilhanraya PAS yg terbesar!