KL TODAY
PAS
perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan bergerak secara
bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan
sebagai parti yang memperjuangkan Islam.Ketika membuat desakan itu,
bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata walaupun PAS
menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi
atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu
jelas mengusik kesucian Islam.
Malah,
katanya, kerjasama dengan PKR yang membabitkan pengaruh Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hal ehwal dalaman dilihat
mula melunturkan kekuatan PAS.
Berikutan
itu, katanya, PAS perlu menjarakkan diri daripada anasir luar
berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf
siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.
PAS itu
hebat bersendiri, PAS pernah bersendiri, saya rasa ramai juga orang
menyokong PAS jika bersendiri, katanya ketika ditemui selepas sesi
temu bual eksklusif bersama BHOnline di sini, semalam.
Nasharudin
menegaskan kelantangan DAP bersuara dalam isu membabitkan kepentingan
Islam, terutama mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi
bahasa Melayu menjadi kewajaran untuk PAS mengkaji semula tahaluf
siyasi mereka.
Beliau berkata, ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor menerajui parti itu, satu pertemuan dengan pemimpin gerakan Islam sedunia diadakan di Liecester, United Kingdom, menetapkan beberapa syarat untuk bertahaluf siyasi.
Beliau berkata, ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor menerajui parti itu, satu pertemuan dengan pemimpin gerakan Islam sedunia diadakan di Liecester, United Kingdom, menetapkan beberapa syarat untuk bertahaluf siyasi.
Antara
syaratnya ialah kita jangan mudah lunturkan dasar Islam, jangan biarkan
mereka yang bertahaluf mudah sangat mengusik Islam, hendak cubit Islam,
tetapi saya lihat mutakhir ini ia berlaku.
Jadi bagi
saya, jika benda itu berlaku, ia melanggar syarat walaupun ada tahaluf
dan apabila sudah melanggar syarat ia harus dikaji semula.
Jika tidak
ditulis dalam syarat tahaluf, tetapi secara umumnya jika orang lain
itu menegur agama kita secara terbuka dalam bentuk cabaran, saya rasa
tanpa tahaluf pun orang Islam kena bangkit nyatakan pendirian, katanya.
Nasharudin
berkata, dalam isu kalimah Allah, PAS perlu bersuara dan menyatakan
pendiriannya yang jelas kerana kenyataan Presiden parti, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang bersama kepemimpinan pakatan pembangkang lain jelas
bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.
Sementara
itu, ketika sesi temu bual eksklusif secara online bersama pembaca BH,
beliau turut menjawab beberapa persoalan membabitkan Anwar sama ada
pemimpin pembangkang itu turut campur tangan dalam hal ehwal
pentadbiran PAS.
Beliau berkata, kemungkinan itu memang ada dan ia tidak sewajarnya berlaku dalam PAS.
Timbul
beberapa isu berkaitan Anwar Ibrahim yang menimbulkan keraguan. Saya
berpandangan sebagai ahli PAS, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti
saya adalah calon terbaik untuk memimpin, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan