MSO
Dua tiga hari lalu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin
mengumumkan kakitangan kerajaan akan bakal menerima hadiah dari kerajaan
dan perkara itu akan diumumkan sendiri oleh perdana menteri, Mohd Najib
Razak. Muhyiddin tidak memberi tahu apakah bentuknya dan apakah ianya
sebagai 'upah' untuk mengudi UBN dalam pilihan raya.
Pegawai kerajaan tentu ternanti-nati apakah bentuk ganjaran itu. Mereka
juga faham ganjaran atau hadiah yang akan diumumkan Najib Razak itu
sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Ganjaran itu juga
sebagai menunjukkan keprihatinan dan kebaikan budi kerajaan.
Apakah hadiah itu. Dari sumber pegawai atasan memberi tahu, Najib akan
mengumumkan elaun perumahan pegawai kerajaan akan dinaikkan sehingga
RM300, di samping kenaikan gaji bagi kalangan pegawai kerajaan yang
tangga gajinya sudah mati.
Dengan dua ganjaran ini bermakna kakitangan kerajaan akan memperolehi
antara RM300 hingga RM500 untuk perbulan. Pemberian ini sama dengan
jumlah atau nilai BR1M yang kerajaan berikan kepada rakyat yang
berpendapatan di bawah RM3,500 sebanyak RM1,000 meneruswi BR1M satau dan
BR1M dua.
Dipercayai Najib akan membuat pengumuman perkara ini minggu depan
mungkin sebaik saja selepas himpunan minggu dengan kakitangan kerajaan
di Putrajaya.
Apakah signifiken yang boleh difahami dengan ganjaran ini, bahawa
benarlah maklumat dan cakap-cakap yang didegari bahawa sokongan
kakitangan kerajaan kepada UBN semakin merosot. Dikatakan tidak sampai
60 peratus kakitangan kerajaan menyokong UBN.
Perubahan itu bukan saja melibatkan pegawai bawahan peringkat kakitangan
sokongan tetapi ia juga melibat kaki btangan peringkat pegawai tinggi.
Apakah dengan pemberian ganjuaran atau hadian ini akan merubah persepsi kakitangan awam kerajaan kepda kerajaan UBN?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan