THE MALAYSIAN INSIDER
SHAH ALAM— Kerajaan negeri Selangor akur supaya pilihan
raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen dan
menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikhnya.
Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara itu
telahpun disepakati semua anggota Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun)
daripada pakatan pembangkang.
"Kami setuju supaya tarikh pilihan
raya ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan kami tidak keberatan
supaya pilihan raya negeri dilaksanakan serentak dengan pilihan raya
parlimen," katanya selepas merasmikan Konvensyen dan Pelancaran
Pembudayaan SPIES (Spiritual, Physical, Intelectual, Emotional, Social)
negeri Selangor di sini hari ini.
Sebelum ini Khalid berkata
tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan diumumkan selepas
sambutan Chap Goh Mei masyarakat Cina setelah mengadakan pertemuan
dengan Adun pakatan pembangkang.
Mengulas isu air, Abdul Khalid
berkata beliau tidak menerima sebarang aduan daripada para pelabur di
Selangor mengenai bekalan air terawat dan menegaskan bahawa jumlah
pelaburan asing di negeri ini tahun lepas masih tinggi. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan