Persatuan
itu menyarankan agar lot Bumiputera turut dibenarkan menjadi unit bebas
sekiranya tiada permintaan selepas beberapa tempoh masa tertentu. —
Gambar fail
“Permintaan kami kepada pentadbir adalah sistem pelepasan automatik,” kata Datuk Seri Michael KC Yam, Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REHDA) di sini.
“Polisi perlu disemak semula ... Tidak kiralah kerajaan mana yang menang pilihan raya,” katanya.
Persatuan itu menyarankan agar lot Bumiputera turut dibenarkan menjadi unit bebas sekiranya tiada permintaan selepas beberapa tempoh masa tertentu.
Pendapatnya itu turut disuarakan oleh Timbalan Setiausaha Agung REHDA Datuk Anthony Adam Cho, yang mengatakan diskaun Bumiputera hanya membantu mereka yang membeli hartanah dengan harga tinggi, berbanding mereka yang kurang berkemampuan.
“Lebih mahal unit, lebih banyak diskaun ... Kenapa yang miskin perlu memberi subsidi kepada golongan kaya,” soal Cho kepada pemberita.
Berikutan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Bumiputera secara automatik layak untuk mendapat tujuh peratus diskaun bagi rumah dan hartamah, tanpa mengira kedudukan kewangan mereka.
Cho yang merupakan pemaju di Melaka, merungut berikutan kesukaran penjualan rumah kos rendah di negara terswbut berikutan kuota yang ditetapkan pihak berkuasa, yang menyebabkan pemaju terpaksa beralih kepada perniagaan yang lebih menguntungkan.
“Kami sering mengadakan dialog dengan kerajaan, kenapa tidak digabungkan rumah kos rendah kepada ketetapan kos sederhana?, soal Cho.
Pemaju turut merungut kos utiliti, yang mana pemaju terpaksa menanggung beban sekiranya harga hartanah perlu disalurkan air, elektrik, dan talian telefon.
“Kenapa kami perlu membayar Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedangkan mereka lebih banyak untung daripada kami?’ soalnya lagi.
The Malaysian Insider difahamkan, keperluan terkini adalah mengkehendaki pemaju mengeluarkan kos antara RM4,000 ke 6,000 setiap unit untuk memasang unit jalur lebar berkelajuan tinggi di hartanah mereka, atau berisiko permohonan mereka ditolak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM.)
Dalam kaji selidik industri hartanah REHDA bagi suku kedua 2012, 47 peratus responden mendakwa mereka tidak dapat menjual unit Bumiputera mereka, satu peningkatan daripada 39 peratus berbanding suku pertama 2012.
32 peratus daripada yang tidak melepaskan unit berkenaan adalah antara harga RM500,000 kepada RM1 juta, dan 24 peratus unit melebihi RM1 juta. 87 peratus kaji selidik itu mendapati unit tidak terjual memberi kesan kepada kecairan wang mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan