|
Menjelaskan ramalannya, Aziz berkata ia adalah kerana LIMA 2013 telah dirancang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak dua tahun lalu.
"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.
Mengenai desas-desus bahawa ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013, Aziz di Astro Awani menegaskan bahawa Najib akan menjaga kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran LIMA 2013.
Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.
Walaupun Aziz menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau, tapi jangkaannya memberi maksud yang lain.
Tarikh luput parlimen adalah pada 28 April namun tarikh-tarikh DUN akan terbubar secara automatik adalah berbeza seperti di bawah:
21 Mac : Johor
26 Mac : N.Sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu
Apakah ini bermaksud Aziz meramalkan Perdana Menteri akan membiarkan DUN Johor dan Negeri Sembilan terbubar secara sendiri pada 21 dan 26 Mac ini?
Hasrat ramai melihat Perdana Menteri membubarkan parlimen semalam (Feb 22) tidak kesampaian.
Media ini beralih tarikh spekulasi PRU13 daripada 30 Mac kepada pertengahan April, berdasarkan siri lawatan Najib ke seluruh negara berakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan