KL TODAY
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin
mendedahkan, syarikat pengangkutan, Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB)
memonopoli ‘trip’ pengangkutan dari Petronas Dagang Berhad (PDB).STSB
yang disyaki milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih
90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan
beberapa syarikat bumiputra lain kerugian.
“Contohnya
di Melaka, ada sebuah syarikat sebelum ini memiliki 12 lori, tetapi
selepas STSB memonopoli ‘trip’, syarikat itu rugi dan memiliki tiga
lori sahaja kerana bakinya dijual dan ditarik bank berikutan masalah
kewangan. Malah ada syarikat menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000
pada Disember lalu untuk membayar gaji dan kos operasi.
“Di Johor pula, STSB memonopoli hampir 90 peratus ‘trip’ dan menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar.
“SAMM juga
mendapat maklumat STSB sedang mengembangkan monopoli ke Pulau Pinang
dan Terengganu,” dakwa Badrul Hisham pada sidang media di Dewan
Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pagi tadi.
Ekoran itu, PDB katanya wajib menjelaskan berhubung perkara tersebut.
Ekoran itu, PDB katanya wajib menjelaskan berhubung perkara tersebut.
“Malangnya
bila SAMM hubungi PDB minta penjelasan, panggilan kita dipindahkan
oleh seorang pegawai kepada pegawai lain dan ini sangat mencurigakan,”
tambah Badrul Hisham.
Beliau
berpendapat, kesan monopoli ini menjejaskan ratusan pekerja bumiputera
yang terlibat dalam industri hiliran kerana bercanggah dengan polisi
PDB sebelum ini yang mengagihkan kontrak kepada syarikat pengangkutan
berasaskan negeri. Contohnya di Pantai Timur hanya syarikat di Pantai
Timur diberi keutamaan.
“Monopoli
ini ada risiko keselamatan kepada negara. Jika berterusan, syarikat
lain mati dan urusan pengangkutan bergantung kepada STSB sahaja. Jika
STSB dilanda krisis seperti ‘mogok’, berapa banyak stesen minyak tidak
mendapat bekalan minyak dan menyebabkan sektor perusahaan lumpuh?”
soalnya.
“Sebab itu SAMM mendesak PDB segera jelaskan perkara ini atau satu demonstrasi diadakan di hadapan bangunan PDB,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan