dikemaskini Sekumpulan aktivis dari Suaram dan mahasiswa mengedarkan risalah membantah hukuman tanpa bicara di Masjid Negara selepas solat Jumaat tengah tadi.
Beberapa anggota polis kelihatan memantau serta merakam video mereka mengedarkan risalah tersebut.
Kumpulan aktivis itu bersurai kira-kira 15 minit kemudian.
Risalah tersebut bertajuk "Kami bantah hukuman tanpa perbicaraan, katakan tidak pada undang-undang drakonian ISA, EO, Sosma dan PCA".
Mereka juga membawa kain rentang yang bertulis "Rakyat tolak tahan tanpa bicara".
Penyelaras Suaram, Syukri Razab berkata, kempen itu bertujuan untuk mendedahkan orang ramai mengenai apakah hak untuk dibicara.
Menurutnya, kempen itu akan diteruskan pada tiga kali lagi Jumaat, tetapi belum memutuskan di masjid mana.
Kempen itu, tambahnya, adalah bantahan awal terhadap kerajaan yang menurutnya sejak akhir-akhir ini wujud sentimen untuk mempromosikan semula undang-undang tahan tanpa bicara seperti ISA dan EO.
Selain Suaram, aktivis mahasiswa yang terlibat ialah dari Aksi Mahasiswa Peduli, Mahasiswa Keadilan Malaysia, Kumpulan Aktivis Malaysia Independence (KAMI), Gerakan Demokratik Belia Dan Pelajar Malaysia (DEMA) dan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan